Aku sebuah telefon
bimbit
Aku sebuah telefon bimbit. Namaku Iphone. Aku berasal dari Amerika
Syarikat dan merupakan model terbaru keluaran syarikat Apple. Aku diperbuat
daripada kaca dan keluli (钢). Muka depanku mempunyai sebuah skrin kaca yang luas (宽).
Setelah aku siap dihasilkan, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang
mempunyai rupa bentukku (面貌)yang dicetak
(被印刷) di atas kotak/di bahagian depan kotak. Kemudian, aku
dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang besar bersama kawan-kawanku untuk
dieksport ke Malaysia.
Apabila kami sampai di Malaysia, kami dimuatkan ke dalam sebuah lori dan
dihantar ke sebuah kedai telefon bimbit yang berada di Shah Alam. Dalam
perjalanan kami ke Shah Alam, aku berasa pening-pening lalat (头晕)melalui jalan yang bengkang-bengkok
bagai ular kena palu (弯弯曲曲).
Selain itu, keadaan di dalam lori yang gelap-gelita (黑暗)membuatkan hatiku berdebar-debar
(怦怦跳)kerana aku berasa cemas dan
takut aku akan terjatuh keluar dari lori. Selepas 45 minit, kami pun telah tiba
di Kedai Telefon Bimbit Canggih. Pekerja-pekerja lori memuggah (搬)kami
dari lori ke dalam bilik stor di kedai itu. Jurujual di kedai itu mengeluarkan
aku dari kotak dan meletakkan aku ke dalam sebuah almari berkaca untuk
dipamerkan. Lalu, jurujual menetapkan
(订上) harga pada badanku iaitu
RM2099. Di situ, aku berasa gembira kerana dapat berkenalan dengan kawan-kawan
baharu yang berjenama lain seperti Samsung, Blackberry, Sony Ericsson.
Setiap hari, banyak pengunjung datang ke Kedai Telefon Bimbit Canggih untuk membeli telefon bimbit tetapi tiada orang yang membeliku kerana hargaku
terlalu mahal. Aku berasa sedih hati melihat kawan-kawan meninggalkanku satu
demi satu.Pada suatu hari, datangnya seorang pemuda lelaki yang tampan (帅)ke Kedai Telefon Bimbit Canggih. Pada masa itu, aku
terfikir ingin menjadi kepunyaan pemuda itu setelah kian lamanya (毕竟那么久)aku
menunggu kemunculan (出现)tuanku. Hatiku berdengup
laju apabila lelaki itu menuju (往向)ke arahku lalu menyuruh
jurujual untuk mengeluarkan aku. Dia membelek-belek (翻看)tubuhku dan bersetuju untuk
membeliku. Kemudian, dia pun membayar hargaku di kaunter dengan kad kreditnya.
Tuanku bernama Wan. Dia merupakan seorang usahawan (商人)yang
berjaya. Aku berasa besar hati (开心)kerana
dapat berkhidmat kepada tuanku. Dia menggunakan aku untuk membuat panggilan (拨电话)kepada
pelanggannya. Dia kerap melayari internet untuk mencari maklumat yang terbaru
untuk memasarkan (推销) produk syarikatnya.
Kadang-kala, dia membalas pertanyaan
(回应问题)pelanggannya dengan
menggunakan khidmat pesanan ringkas (短讯服务)dan e-mel yang ada pada
aku. Dia sangat sayang kepadaku kerana
setiap minggu dia akan mengelap aku sehingga bersih berseri (清洁干净).
Di samping itu, dia juga telah membeli satu sarung (套子)
telefon bimbit yang dihiasi (被布置)dengan kristal (水晶)untuk menyarung (套上)pada
tubuhku supaya aku kelihatan berkilat-kilat (闪闪发亮). Aku bertuah kerana
mempunyai seorang tuan yang baik.
Pada suatu hari, apabila tuanku sedang berjoging di taman yang
berdekatan dengan rumahnya. Tiba-tiba, aku terkeluar dari sakunya dan terjatuh
ke atas jalan. Skrin kaca pada badanku bercalar-balar (伤痕累累) akibat tergesek (摩擦)jalan yang kasar itu dan
bateri juga terpisah (被分开)daripada badanku. Tuanku
terdengar sesuatu bunyi barang yang terjatuh lalu berpatah balik (回头) dan terkejut (惊讶)melihat
aku terbaring (躺)di atas jalan. Tuanku
segera mengutip bahagian badanku dan berasa cacing kepanansan (焦急)apabila
ternampak luka pada badanku. Dia segera menghantar aku ke sebuah kedai
pembaikian telefon bimbit.
Walaupun aku telah siap dibaiki tetapi aku tidak dapat berfungsi sebaik
dahulu. Kadang-kala, skrin aku akan henti berfungsi. Tuanku tidak sabar dengan kelemahanku (缺点)ini dan berputus
(决定)untuk membeli sebuah
telefon bimbit yang baru. Kini, tuanku telah membeli sebuah telefon bimbit yang
baru iaitu Samsung Galaxy S III untuk menggantikan aku. Hatiku sedih bagai
dihiris dengan sembilu (心如刀割)kerana
aku tidak dapat berkhidmat untuk tuanku lagi. Aku disimpannya ke dalam sebuah
laci. Bak kata pepatah "habis manis, buang disepah" (甜蜜的时间过去,就扔掉). Inilah kisah riwayat
hidupku sebagai sebuah telefon bimbit.
2 comments:
Isi padat, mempunyai enam perenggan juga. 👍👍
Post a Comment