Sunday, 9 September 2012

Autobiografi

Aku sebuah telefon bimbit

Aku sebuah telefon bimbit. Namaku Iphone. Aku berasal dari Amerika Syarikat dan merupakan model terbaru keluaran syarikat Apple. Aku diperbuat daripada kaca dan keluli (钢). Muka depanku mempunyai sebuah skrin kaca yang luas (宽). Setelah aku siap dihasilkan, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang mempunyai rupa bentukku (面貌)yang dicetak (被印刷) di atas kotak/di bahagian depan kotak. Kemudian, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang besar bersama kawan-kawanku untuk dieksport ke Malaysia.
Apabila kami sampai di Malaysia, kami dimuatkan ke dalam sebuah lori dan dihantar ke sebuah kedai telefon bimbit yang berada di Shah Alam. Dalam perjalanan kami ke Shah Alam, aku berasa pening-pening lalat (头晕)melalui jalan yang bengkang-bengkok bagai ular kena palu (弯弯曲曲). Selain itu, keadaan di dalam lori yang gelap-gelita (黑暗)membuatkan hatiku berdebar-debar (怦怦跳)kerana aku berasa cemas dan takut aku akan terjatuh keluar dari lori. Selepas 45 minit, kami pun telah tiba di Kedai Telefon Bimbit Canggih. Pekerja-pekerja lori memuggah (搬)kami dari lori ke dalam bilik stor di kedai itu. Jurujual di kedai itu mengeluarkan aku dari kotak dan meletakkan aku ke dalam sebuah almari berkaca untuk dipamerkan. Lalu, jurujual menetapkan (订上) harga pada badanku iaitu RM2099. Di situ, aku berasa gembira kerana dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu yang berjenama lain seperti Samsung, Blackberry, Sony Ericsson.
Setiap hari, banyak pengunjung datang ke Kedai Telefon Bimbit Canggih untuk membeli telefon bimbit tetapi tiada orang yang membeliku kerana hargaku terlalu mahal. Aku berasa sedih hati melihat kawan-kawan meninggalkanku satu demi satu.Pada suatu hari, datangnya seorang pemuda lelaki yang tampan (帅)ke Kedai Telefon Bimbit Canggih. Pada masa itu, aku terfikir ingin menjadi kepunyaan pemuda itu setelah kian lamanya (毕竟那么久)aku menunggu kemunculan (出现)tuanku. Hatiku berdengup laju apabila lelaki itu menuju (往向)ke arahku lalu menyuruh jurujual untuk mengeluarkan aku. Dia membelek-belek (翻看)tubuhku dan bersetuju untuk membeliku. Kemudian, dia pun membayar hargaku di kaunter dengan kad kreditnya.
Tuanku bernama Wan. Dia merupakan seorang usahawan (商人)yang berjaya. Aku berasa besar hati (开心)kerana dapat berkhidmat kepada tuanku. Dia menggunakan aku untuk membuat panggilan (拨电话)kepada pelanggannya. Dia kerap melayari internet untuk mencari maklumat yang terbaru untuk memasarkan (推销) produk syarikatnya. Kadang-kala, dia membalas pertanyaan (回应问题)pelanggannya dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (短讯服务)dan e-mel yang ada pada aku.  Dia sangat sayang kepadaku kerana setiap minggu dia akan mengelap aku sehingga bersih berseri (清洁干净). Di samping itu, dia juga telah membeli satu sarung (套子) telefon bimbit yang dihiasi (被布置)dengan kristal (水晶)untuk menyarung (套上)pada tubuhku supaya aku kelihatan berkilat-kilat (闪闪发亮). Aku bertuah kerana mempunyai seorang tuan yang baik.
Pada suatu hari, apabila tuanku sedang berjoging di taman yang berdekatan dengan rumahnya. Tiba-tiba, aku terkeluar dari sakunya dan terjatuh ke atas jalan. Skrin kaca pada badanku bercalar-balar (伤痕累累) akibat tergesek (摩擦)jalan yang kasar itu dan bateri juga terpisah (被分开)daripada badanku. Tuanku terdengar sesuatu bunyi barang yang terjatuh lalu berpatah balik (回头) dan terkejut (惊讶)melihat aku terbaring (躺)di atas jalan. Tuanku segera mengutip bahagian badanku dan berasa cacing kepanansan (焦急)apabila ternampak luka pada badanku. Dia segera menghantar aku ke sebuah kedai pembaikian telefon bimbit. 
Walaupun aku telah siap dibaiki tetapi aku tidak dapat berfungsi sebaik dahulu. Kadang-kala, skrin aku akan henti berfungsi. Tuanku tidak sabar dengan kelemahanku (缺点)ini dan berputus (决定)untuk membeli sebuah telefon bimbit yang baru. Kini, tuanku telah membeli sebuah telefon bimbit yang baru iaitu Samsung Galaxy S III untuk menggantikan aku. Hatiku sedih bagai dihiris dengan sembilu (心如刀割)kerana aku tidak dapat berkhidmat untuk tuanku lagi. Aku disimpannya ke dalam sebuah laci. Bak kata pepatah "habis manis, buang disepah" (甜蜜的时间过去,就扔掉). Inilah kisah riwayat hidupku sebagai sebuah telefon bimbit.

2 comments:

Unknown said...

Isi padat, mempunyai enam perenggan juga. 👍👍

tricial said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment